Blog

Cara Pembuatan Aiskrim Goyang

Terjakun sekejap sebab dapat makan ais krim goyang yang free.  Unik penyediaan ais krim ini sebab hanya masukkan air perasa yang anda kehendaki ke dalam kelonsong (acuan) yang diletakkan dalam bekas bulat macam dalam gambar.  Sebab dah jakun, siap tanya kat orang yang buat tu…..guna teknologi ape yek sebab benda bulat tu tak disambungkan ke mana-mana punca elektrik pun…hihihi.  Orang tu cakap tak guna apa-apa teknologi pun, bekas bulat tu dimasukkan ais dan garam jer.  Macam best kan kalau ada benda ini, boleh buat ais krim stick sendiri.  Orang tu kata lagi, dalam satu bekas bulat tu ada 100 acuan, bebas nak letak perasa pilihan yang dikehendaki.  Saya makan 3 stick, 2 perasa durian dan satu coklat.  Best ini kalau ada bekas tu, ada kenduri atau sebarang keraian bolehlah buat ais krim sendiri.  Bukan kanak-kanak jer, mak pak kanak-kanak pun mesti suka.  Bila tanya kat mana nak beli dan berapa harga mesin tu, orang tu cakap dia tak tahu kena tanya bos…bosnya pulak takde kat situ.

Tempahan Aiskrim Goyang selangor Putrjaya Cyberjaya Perkhawinan Pertunangan Aqiqah Majlis dan lain7

Apa Itu Aiskrim Goyang – 9 Perisa yang Best

Nikmatnya kalau dapat menikmati aiskrim kegemaran, apatah lagi ketika cuaca panas. Lebih nikmat, jika dinikmati beramai-ramai sama ada bersama ahli keluarga atau rakan taulan.

Peminat aiskrim bukan kanak-kanak saja. Orang dewasa juga rata-ratanya tidak menolak apabila dihulurkan sebatang aiskrim, meskipun ia sekadar buatan sendiri yang biasa-biasa saja.

Keinginan untuk merasai sendiri kepelbagaian cita rasa aiskrim membuat­kan ada sesetengah orang sanggup menghabiskan cuti hujung minggu menjejaki kafe yang menjual sajian pencuci mulut yang istimewa ini.

Untuk Tempahan Klik di sini :-

https://masmerah89.wordpress.com/

Menyedari kecenderungan masyarakat negara ini terhadap aiskrim, pasangan suami isteri Nor Hanizah Muhammad Karim dan Abshar Mukim mengorak langkah dengan berniaga aiskrim goyang sebagai pendapatan sampingan.

Namun, daripada hanya sekadar suka-suka, Nor Hanizah, 24, tidak sama sekali menyangka perniagaan diusahakan itu mendapat sambutan menggalakkan hingga tidak menang tangan.

Katanya, dia dan suami mula berniaga aiskrim goyang tahun lalu di kawasan berhampiran sekolah selain mendapat tempahan untuk majlis hari lahir dari saudara mara dan rakan mereka.

“Ibu mentua mencadangkan kami memulakan perniagaan ini dan kami bersetuju untuk mencubanya saja. Kami mula mencari maklumat me­ngenai aiskrim goyang di Internet.

“Sebelum ini kami berniaga burger di Shah Alam dan Klang selama setahun, namun rezeki kami tidak lama di sana. Disebabkan kami memang minat berniaga, kami tidak putus asa dan sering merancang masa depan untuk maju dalam perniagaan.

“Walaupun aiskrim goyang perniagaan yang kecil tapi kami bersyukur dengan rezeki ini. Kami berbangga dengan usaha kami. Nama Aiskrim Goyang Haha adalah sempena gabungan nama kami dan nama ini kedengaran menghiburkan sesuai dengan apa yang kami ingin beri pada penggemar aiskrim goyang,” katanya.

Wanita berasal dari Klang, Selangor itu berkata pada awalnya mereka berdepan cabaran mengeluarkan modal untuk membeli peralatan perniagaan, namun dengan bantuan ibu bapa mereka, cabaran itu dapat diatasi.

Menurutnya, mereka pernah kemalangan dan tiada kenderaan selama hampir dua bulan. Namun kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan yang sudah membuat tempahan mereka terpaksa menyewa kereta dan meminjam daripada saudara dan kawan.

Katanya cabaran itu membuatkan mereka terus gigih berusaha dan hasilnya mereka kini mampu memperoleh pendapatan sampingan selain bekerja tetap.

Menurut Nor Hanizah, mereka tidak menyangka jualan ais krim goyang mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan dan sering menjadi pilihan setiap kali penganjuran pelbagai program di sekitar Lembah Klang.

Peralatan utama adalah mesin aiskrim goyang menggunakan teknologi dibawa dari Thailand yang tidak memerlukan sebarang tenaga elektrik yang mudah dikendali dan dibawa ke mana saja.

“Cara pembuatan aiskrim ini agak berbeza kerana menggunakan ketulan ais serta garam kasar dan hanya mengambil masa beberapa minit untuk dibekukan.

“Ketulan ais dicampurkan dengan garam kasar dan diletakkan di bahagian bawah mesin bagi mempercepatkan proses pembekuan, selepas itu, perisa akan ditambah ke dalam acuan mengikut kehendak pelanggan.

“Kemudian, mesin digoyang menggunakan tangan selama beberapa minit bagi membekukan aiskrim,” katanya.

Setakat ini, pasangan ini menawarkan sembilan perisa aiskrim iaitu coklat, strawberi, anggur, sarsi, asamboi, tembikai susu, keladi, jagung dan mangga.

Tempahan Aiskrim Goyang selangor Putrjaya Cyberjaya Perkhawinan Pertunangan Aqiqah Majlis dan lain2

Antara kelainan yang mereka ketengahkan ialah tidak menggunakan sebarang air atau perisa berkarbonat kerana ia tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Nor Hanizah berkata, pada hari biasa purata hasil jualan boleh mencapai antara 100 hingga 200 batang aiskrim manakala pada hari terbuka seperti sukan, jualan mampu meningkat sehingga 500 batang.

“Kalau diikutkan, kami hanya berniaga lebih kurang tiga bulan kerana ada pekerjaan tetap Isnin hingga Jumaat. Sekarang kami menumpukan perniagaan aiskrim goyang pada Sabtu dan Ahad.

“Selain menawarkan aiskrim goyang dengan semua perisa, kami turut menyediakan semua peralatan seperti meja, kanopi dan sebagainya. Ini bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada pelanggan atau tuan rumah yang membuat tempahan.

“Kami pelbagaikan perisa supaya menepati cita rasa kanak-kanak dan juga orang dewasa. Perisa yang diminati kanak-kanak adalah coklat manakala golongan dewasa, perisa asamboi buatan sendiri paling mendapat sambutan kerana rasa masam manis dan masinnya yang menyegarkan dan menghilangkan dahaga,” katanya.

Menurutnya, antara pengalaman manis mereka apabila mendapat jemputan untuk majlis beberapa syarikat televisyen malah mereka mula mendapat perhatian ramai di laman sosial seperti Facebook dan Instagram, selain tempahan untuk majlis perkahwinan juga hampir penuh bagi tahun ini.

Dalam pada itu, pasangan ini juga berhasrat meluaskan perniagaan dengan menambah mesin dan rakan niaga kerana sambutan yang menggalakkan hingga ada kalanya mereka menerima tiga hingga empat tempahan dalam satu masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat aiskrim goyang ini boleh layari laman Facebook atau Instagram Hanizah ­Hanysha.

Kredit To Metro

Event Perkhawinan – Harga Tempahan Aiskrim Goyang

Assalamualaikum w.b.t,
Soul Matura ada menerima tempahan dan aiskrim goyang

Selain bertujuan untuk menyerikan sesuatu majlis dengan adanya Aiskrim Goyang yang mempunyai pelbagai perisa tarikan mata-mata yang memandang.

Tatkala menjelang sesuatu  seperti :-

  • MAJLIS MAJLIS AQIQAH,

MAJLIS-AKIKAH-ANAK-APEK-DAN-LEUNIEY-6

  • MAJLIS HARIJADI,
  • SUKANEKA,
  • KENDURI KAHWIN,
  • PERTUNANAGAN DAN LAIN-LAIN

Hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang menarik dan murah dari kami. Pasti berbaloi-baloi!!!

PEMBERITAHUAN!!! Sebelum datang menempah, sila pastikan anda ➟ ☎ SMS / WHATSAPP / WECHAT KE 017-6409820 for the FAST RESPOND!

Jika nak datang rumah hendaklah☎ SMS / WHATSAPP /WECHAT dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^‿^)

Tempahan Aiskrim Goyang selangor Putrjaya Cyberjaya Perkhawinan Pertunangan Aqiqah Majlis dan lain